Saya Yang Busy

Assalamualaikum

Wahai rakyat jelata sekalian, patik ingin mengumumkan bahawa untuk beberapa minggu ni patik sangat busy. Jadi, patik tak mahu diganggu oleh anasir-anasir jahat di luar sana. Harap maklum. Peace yoo!!! (otai gile permaisuri ni) hahah. Mata aku sangat la mengantuk tatkala ini tapi aku gagahkan diri juga untuk menaip entry ku ini yang sememangnya tak de sape nak baca kecuali rakyat-rakyat semutku. 

Okay, back to the story. Aku sebenarnya nak bagitahu yang jadual aku sangatlah padat semenjak dua menjak ni. Korang tahu, dari hari selasa sampai khamis aku tak balik lunch pon. Semua kelas habis pukul 1 then pukul 2 sambung balik. Tu boleh tahan lagi. Yang tak tahannya hari rabu. Kelas aku start pukul 8 then habis pukul 7.30 malam. Ni sebab ada koko. 

Okay okay, tu baru cerita pasal jadual kelas. Hampir setiap hari aku busy. Pagi & petang busy dengan belajar, malam pulak busy mengumpul sticker. Ni tak campur dengan assignment-assignment aku lagi. Bukan setakat assignment, test and quiz ade lagi. oh duniaaa...


Ha, amek kau. Aku busy dah macam Datin Rosmah tahu. 

Okay, okay, okay aku ade cerita lain jugak. Hujung minggu ni aku ada banyak event dalam satu masa. Semuanya aku nak pergi. Aku memang rakus macam ni. Hobi la katekan hewhewhew. 

Kronologi jadual padat klon Datin Rosmah MahMah:
Jumaat (1/2/2013) : test statistic / virgil KLKM / keluar jalan-jalan dengan kak dyana
Sabtu (2/2/2013): virgil KLKM / class trip ke Gua Tempurung / balik rumah mak mertua
Ahad (3/2/2013): virgil KLKM / program gotong-royong di johor / balik rumah mak mertua

Okay, okay, okay, okay aku sangat pening memikirkan masalah negara aku ni. Oleh itu, patik hanya mampu berdoa sahaja. Semoga Allah menunjukkan jalan yang terbaik untuk patik. Aminn.. Patik nak beradu dulu ye. Esok patik nak selamatkan negara ( mohon tembak aku dengan pistol air).

Thanks for reading this entry!


Ini Hari, Hari Cuti

Assalamualaikum

Ke hadapan sahabat penaku sekalian, hari ini aku nak cerita tentang masa cuti aku. Macam yang korang tahu, kita semua kan dapat cuti 5 hari, maka aku telah menggunakan masa cutiku ini dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah lagi berbunga tambah caj cagaran.

Actually, dalam masa lima hari ni, aku banyak habiskan masa dengan tidur dalam bilik. Al-maklumlah, tak balik rumah.. I anak terbuang. Family ioulls tak sayang ioulls dah ='( ( mohon lempang sikit muka aku dengan span basuh pinggan ). Dalam masa lima hari ni juga, sehari je aku keluar berjalan. 

Hari ni aku keluar pergi Mydinnn. Ioulls jarang pergi Mydin sebab tu batak sikit kehkehkeh. Sebelum pergi Mydin, aku pergi main sungai. Not mandi sungai ya sebab aku memang tak mandi pon. Tak koso eden nak basahkan baju. Aku main dekat Sungai Chepor.. eh, Chemor. Ontah, eden tak tahu apo namo sungai eh. 

Walau bagaimanapun, selain itu, kontrasnya, dalam erti kata lain, aku bukan nak cerita pasal pengalaman or blablabla. Aku just nak tunjuk dekat korang gambar candid aku yang buruk lagi tersergam indah untuk ditatap. Semuanya diambil tanpa ku sedari. Oh duniaaa..

Dekat Sg. Chepor/Chemor. Gambar aku tengah betulkan tudung yang ngokngekngokngek tu jugak korang tangkap.

Dekat Mydin. Aku sempat tidur mimpi Aaron Aziz waktu ni haha. Dok aih, aku tengah membebel pasal gosip ape tah tetibe CANDID PIC!

Aku pon tak tahu apa yang aku sedang lakukan waktu ni. Mungkin aku mencari duet seposen nak bayar hutang sem lepas dekat cashier tu kehkehkeh.

Ade banyak lagi gambar buruk aku tapi cukup sampai di sini saja la. Sudah cukup cukup sudah wuuu.. menyanyi la pulak aku tiba-tiba. Tapi kan kan kan aku ade suka satu gambar ni.

Tadaa.. Muka bajet aku. Rasa awesome pulak bila snap pic muka bajet ni. Korang try la. Pasti rase glamour, gorgeous lagi nak kena penyepak dengan cik kiah sebelah rumah haha.

Thanks for reading this entry!


Ni Semut

Assalamualaikum

Kiah-kiah sekalian, hari ni ioulls ade gosip terbaru, hangat lagi sensasi untuk tatapan uolls. Meletopps gitu gosip ioulls. Ape lagi, jom la kita terjah kiah oii.

Actually kan kiah, ioulls baru perasan yang si matlutfi ni ade blog. Ioulls tak de la minat sangat kat matlutfi ni tapi ioulls ambil tahu sikit-sikit jugak la pasal die. So, ioulls buka la blog dia. Tiba-tiba ioulls tergelak sorang-sorang kihkihkih ( gelak guling-guling sambil peluk pinggang ).


.
NI SEMUT

Ni Semut, then ade titik kecil atas dia. Konon semut la tu. Ya Allah, comelnya header matlutfi kiah oii. Ala tomey tomey =) =) =) See, ioulls masih lagi geram dengan kecomelan matlutfi ni. Kalau ioulls jumpe die kiah, ioulls rasa nak ketuk je kepala dia. Geram tahu tak? 

Okay, ioulls tak nak cerita lebih-lebih takut kiah-kiah pulak buat gosip untuk ioulssssssss. Gedik sungguh kan aku? tolong lempang aku laju-laju biar aku sedar. pleaseeeeee 

Thanks for reading this entry!

Ini Entry Pertama Saya

Assalamualaikum

First sekali aku nak bagitahu yang ini bukanlah entry pertama aku seperti yang telah digembar-gemburkan sebentar tadi. Actually, ni blog kedua aku selepas blog pertama aku gagal dalam melayari bahtera kehidupannya kihkihkih ( gelak sopan ). Idok la, eden gurau jo. 

Blog pertama aku ada masalah rumahtangga yang tidak boleh diselamatkan lagi. So, I decided to removed it from my life. Blog aku tu namanya vanillacokelatte.blogspot.com. Tolong jangan buka link ni sebab ianya akan membuatkan masa korang terbazir begitu sahaja. Tak percaya, try la. Tak koso den nak melayan nyo.

By the way, adakah uolls still remember me? Budak gemok yang berpipi besar? Yang rupa macam Taylor Swift tapi ada campuran macam Bella Swan tu..

Gambar malam tadi minum cool blog dekat uptown sambil disinari cahaya lampu yang bergemerlapan gitu. cewahh bak hang!!! Anyway, thanks to Oppa Ruffy for the cool beverage. I felt awesome at the time I drank it. kahkahkah

Thanks for reading this entry!