Saya Yang Busy

Assalamualaikum

Wahai rakyat jelata sekalian, patik ingin mengumumkan bahawa untuk beberapa minggu ni patik sangat busy. Jadi, patik tak mahu diganggu oleh anasir-anasir jahat di luar sana. Harap maklum. Peace yoo!!! (otai gile permaisuri ni) hahah. Mata aku sangat la mengantuk tatkala ini tapi aku gagahkan diri juga untuk menaip entry ku ini yang sememangnya tak de sape nak baca kecuali rakyat-rakyat semutku. 

Okay, back to the story. Aku sebenarnya nak bagitahu yang jadual aku sangatlah padat semenjak dua menjak ni. Korang tahu, dari hari selasa sampai khamis aku tak balik lunch pon. Semua kelas habis pukul 1 then pukul 2 sambung balik. Tu boleh tahan lagi. Yang tak tahannya hari rabu. Kelas aku start pukul 8 then habis pukul 7.30 malam. Ni sebab ada koko. 

Okay okay, tu baru cerita pasal jadual kelas. Hampir setiap hari aku busy. Pagi & petang busy dengan belajar, malam pulak busy mengumpul sticker. Ni tak campur dengan assignment-assignment aku lagi. Bukan setakat assignment, test and quiz ade lagi. oh duniaaa...


Ha, amek kau. Aku busy dah macam Datin Rosmah tahu. 

Okay, okay, okay aku ade cerita lain jugak. Hujung minggu ni aku ada banyak event dalam satu masa. Semuanya aku nak pergi. Aku memang rakus macam ni. Hobi la katekan hewhewhew. 

Kronologi jadual padat klon Datin Rosmah MahMah:
Jumaat (1/2/2013) : test statistic / virgil KLKM / keluar jalan-jalan dengan kak dyana
Sabtu (2/2/2013): virgil KLKM / class trip ke Gua Tempurung / balik rumah mak mertua
Ahad (3/2/2013): virgil KLKM / program gotong-royong di johor / balik rumah mak mertua

Okay, okay, okay, okay aku sangat pening memikirkan masalah negara aku ni. Oleh itu, patik hanya mampu berdoa sahaja. Semoga Allah menunjukkan jalan yang terbaik untuk patik. Aminn.. Patik nak beradu dulu ye. Esok patik nak selamatkan negara ( mohon tembak aku dengan pistol air).

Thanks for reading this entry!


No comments:

Post a Comment