Assalamualaikum
Aku bukan nak cerita pasal Jozan atau mamat pomen sebelah rumah aku yang poyo tu. Berdirinya
aku di sini sebab nak cerita pasal ubat kurus or pelangsing badan or pemecah
lemak blablabla yang sememangnya tersangat la poyo aww aww gitu . Korang percaya
ke kat ubat kurus ni?
Aku nak buat statement sikit yang aku pernah ambil suplemen
untuk jadi kurus ni. Aku tak sengaja sebenarnya kikiki (gelak tersipu-sipu
malu). Ala, kita ni kan perempuan. Memang lumrah untuk kelihatan cantik, selesa
lagi montok. Apakah? Bukan tak bersyukur dengan kurniaan Allah tapi memang
lumrah kan. Aku memiliki berat badan yang ok ok la. BMI aku pon normal tapi
still tak puas hati dengan berat badan sendiri (tolong lempang aku dengan
sehelai kertas sampai aku bersyukur).
So, aku nak cerita sikit la pasal ubat kurus ni. Pada pasca
pengkurusan ini, tersebutlah kisah seorang makcik gemuk yang nak jadi kurus…
blablabla
Dua minggu lepas:
Aku pergi tesco sebab nak cari ubat pelawas air kecil. Ya,
sistem pencernaan aku tak berapa baik semenjak dua menjak ni (don’t gossip huh,
segan ioulls taw). Then, aku terjumpa ubat pelawas yang sekali dengan ubat
kurus. Kiranya ubat tu dia ada 2 fungsi la. Aku memang tertarik la kan. Maka
aku terus membelinya. Dah seminggu aku makan tapi tak kurus-kurus. Selera makan
aku makin bertambah lagi ada la. Berat aku pon dah naik 2kg. Aku terus berhenti
ambil ubat tu. Menyesal 7 keturunan taw. T_T
3 hari lepas:
Kawan aku ada like page tentang ubat kurus jenis sapu dekat
fb. Dorang kata mujarab and aku semestinya tertarik dekat ubat tu. Aku sampai
dah kira bajet taw sebab terlalu excited mengalahkan joyah sebelah rumah
excited menyebarkan gosip-gosipnya. Yang tak tahannya, aku siap ajak kawan aku
yang like page tu dengan roommate aku untuk beli sekali ubat kurus tu bahaha.
Tapi kan kan kan, roommate aku rupanya dah pernah guna ubat tu sem lepas. Dia
kata tak ada effect dan.. erm, aku percaya dengannya.
Hari ini:
Kawan aku yang lain ada post pulak pasal ubat kurus tapi
dalam bentuk susu pulak. Dorang kata mujarab juga. Aku memang suka susu tapi
aku tak suka ubat kurus dah. Maka, aku memang berjaya melawan nafsu godaan
syaitan yang begitu rakus menghasut diriku untuk kurus ni.
As a conclusion, adik-adik kat luar sana tak payah sibuk
sangat nak kurus. Bersyukur seadanya dengan diri kita. Banyak lagi alternative
lain yang sihat untuk jadi kurus. Jangan percaya dekat ubat kurus. Ini semua
poyo! Haha
Maaf kalau entry saya ni membuatkan mana-mana pihak terasa.
Ini cuma pendapat saya sahaja.
Thanks for reading this entry!
No comments:
Post a Comment