Kisah Aku SII

Assalamualaikum 

Gambar pembukaan:
Hai kawan-kawan di luar sana. Saya di dalam sini. Apakah?

Belum apa-apa lagi aku dah tepek gambar aku sebesar ibu jari tangan gajah ni. I'm wondering do gajah has a tangan? oh mai oh mai.

Bersilanya saya di dalam sini sebab nak share sikit pasal kisah saya ketika bacaan yasiin itu hari. Aku bukan nak cerita pasal aku dapat markah berapa, aku reti baca yasiin ke tak tapi aku nak cerita yang aku main dalam kelas CTU itu hari. Masa semua orang sibuk hafal surah yasiin sebab nak tasmik (not sure how to pronounce it) kat ustazah, aku pulak sibuk main phone dengan si Amira Khairaji ni.

Aku memang bataktaktak la kan sebab pegang phone samsung sII ni. Fyi, aku memang buta IT banyak sikit terutama gadget-gadget ni. Aku memang tak pandai guna benda-benda alah macam ni. So, bila dapat pegang, aku reti tangkap gambar je. Tu je yang aku mampu.




Begitulah aksi 18sx oleh aku dan kawan-kawan. Bataknye aku dapat phone mahal. Oh mai oh mai.

Thanks for reading this entry!

My Beautiful Malaysia

Assalamualaikum

Korang mesti tahu kan yang kerajaan ade buat event beautiful malaysia ni kan. Jadi kan, aku nak cerita la kan yang aku pon ade join event ni hari ahad lepas la kan. Kan kan kan? Aku sebagai rakyat malaysia juga sebagai mahasisiwi yang bertanggungjawab lagi cintakan negara kan telah turun padang masa panas-panas sebab join event ni. Ha, terkejut kan? 

Tak payah terkejut sangat la kan. Aku tak buat keje banyak pon kan. Aku duduk kat tepi je kan. Kepala aku pening disebabkan cuaca yang terlalu panas kannnnnnn....-------------------- (tetttt macam mesin detect nyawa orang kat hospital tu)

Dorang kata siapa pergi dapat baju, topi dengan sijil. Tapi aku tak dapat ape-ape pon. Dunia tak adil terhadapku. Nasib baik dapat makan free. Sejuk sikit hati ini. Haha. Nampak tak ikhlasnya.

Kau tahu tak panas gila kiah oii

Orang yang berumur yang banyak buat keje.

Golongan belia duduk kat tepi je tengok orang tua bekerja. Nampak tak perbezaannya kan?

Makcik-makcik ni pula sibuk bergosip tentang Dato' Siti nak kahwin lagi satu.

Lepas dah beautifulkan Malaysia ni, kami pon snap la gambar. Beautiful tak Malaysia?

Thanks for reading this entry!

Joyah & Bedah

Assalamualaikum

Terima kasih kerana masih bersama saya dalam rancangan Kelass Kau Jemah! Seperti biasa setiap hari kita ada gosip baru. Gosip kita hari ni berkaitan dengan Datin Joyah Vavavoom & Puan Sri Bedah Cikeboom. Zasss...

Alkisah.. Pagi semalam si Joyah & si Bedah pergi Tesco dekat Bandar U. Si Bedah tak ada nak beli apa-apa. Dia cuma teman si Joyah yang sakan membeli sampai terbelah-belah. Disebabkan si Joyah mempunyai hati yang mulia, dia telah belanja si Bedah coolblog =)

Ini Joyah Vavavoom. Thanks Joyah untuk coolblog. Luv u =)

muka setengahposen Bedah sebab dapat coolblog.

By the way, perut aku rasa kenyang gila malam ni sebab kakak ipar belanja nasi goreng + telur dadar + tomyam campur. Thanks kakak =)


Dah kenyang rasa nak tido. Bye. Zzzz...

Thanks for reading this entry!


Ini Semua Poyo!


Assalamualaikum

Aku bukan nak cerita pasal Jozan atau mamat  pomen sebelah rumah aku yang poyo tu. Berdirinya aku di sini sebab nak cerita pasal ubat kurus or pelangsing badan or pemecah lemak blablabla yang sememangnya tersangat la poyo aww aww gitu . Korang percaya ke kat ubat kurus ni?

Aku nak buat statement sikit yang aku pernah ambil suplemen untuk jadi kurus ni. Aku tak sengaja sebenarnya kikiki (gelak tersipu-sipu malu). Ala, kita ni kan perempuan. Memang lumrah untuk kelihatan cantik, selesa lagi montok. Apakah? Bukan tak bersyukur dengan kurniaan Allah tapi memang lumrah kan. Aku memiliki berat badan yang ok ok la. BMI aku pon normal tapi still tak puas hati dengan berat badan sendiri (tolong lempang aku dengan sehelai kertas sampai aku bersyukur).

So, aku nak cerita sikit la pasal ubat kurus ni. Pada pasca pengkurusan ini, tersebutlah kisah seorang makcik gemuk yang nak jadi kurus… blablabla

Dua minggu lepas:
Aku pergi tesco sebab nak cari ubat pelawas air kecil. Ya, sistem pencernaan aku tak berapa baik semenjak dua menjak ni (don’t gossip huh, segan ioulls taw). Then, aku terjumpa ubat pelawas yang sekali dengan ubat kurus. Kiranya ubat tu dia ada 2 fungsi la. Aku memang tertarik la kan. Maka aku terus membelinya. Dah seminggu aku makan tapi tak kurus-kurus. Selera makan aku makin bertambah lagi ada la. Berat aku pon dah naik 2kg. Aku terus berhenti ambil ubat tu. Menyesal 7 keturunan taw. T_T

3 hari lepas:
Kawan aku ada like page tentang ubat kurus jenis sapu dekat fb. Dorang kata mujarab and aku semestinya tertarik dekat ubat tu. Aku sampai dah kira bajet taw sebab terlalu excited mengalahkan joyah sebelah rumah excited menyebarkan gosip-gosipnya. Yang tak tahannya, aku siap ajak kawan aku yang like page tu dengan roommate aku untuk beli sekali ubat kurus tu bahaha. Tapi kan kan kan, roommate aku rupanya dah pernah guna ubat tu sem lepas. Dia kata tak ada effect dan.. erm, aku percaya dengannya.

Hari ini:
Kawan aku yang lain ada post pulak pasal ubat kurus tapi dalam bentuk susu pulak. Dorang kata mujarab juga. Aku memang suka susu tapi aku tak suka ubat kurus dah. Maka, aku memang berjaya melawan nafsu godaan syaitan yang begitu rakus menghasut diriku untuk kurus ni.

As a conclusion, adik-adik kat luar sana tak payah sibuk sangat nak kurus. Bersyukur seadanya dengan diri kita. Banyak lagi alternative lain yang sihat untuk jadi kurus. Jangan percaya dekat ubat kurus. Ini semua poyo! Haha

Maaf kalau entry saya ni membuatkan mana-mana pihak terasa. Ini cuma pendapat saya sahaja.

Thanks for reading this entry!