Dorayaki Blackout!

Assalamualaikum

Orang sibuk dengan kes PRU blackout, aku pulak sibuk dengan kes dorayaki aku ni. Dah 2 kali aku try buat tapi semuanya sia-sia ibarat mandi tak guna sabun Lifebuoy. Wuuu~ T_T (menangis teresak-esak sambil hentak2 kaki) Okay, berhenti hentak kaki apabila lantai simen rumah dah mula retak.

First trial tak jadi sebab warna dia tak cantik sebab tak guna madu. Second time ni pulak, tengah syok2 baked tetibe blackout. Amek kau jah, dorayaki dah rupa Chin Peng Mat Gagap *ayat mak aku suka kata bila dia bengang. Haha


Warna tak rata & comot. Homaigadd! Malu. *suruk muka dalam mangkuk tandas. Then, plush.

Tu boleh tahan lagi. Disebabkan first round punya dorayaki dah habis dimakan, mak aku suruh buat lagi satu hidangan. Dalam gelap pulak tu. Maka, hasilnya... jeng jeng jeng...


Aiyoyo.. amma, appa, innekepudichedekek? Tengah syok sendiri masak dalam gelap tibe-tibe letrik ade balik. Then, eden terkojot la tengok dorayaki dah macam Chin Peng Mat Gagap punya atok sedara belah bapak tiri menantu Tok Janggut 3 helai. Kuang3..

Walau bagaimanapun, semangat aku tak pernah patah, putus, rapuh, koyak, tercarik n whatsoever untuk try buat dorayaki  lagi & lagi sebab aku rase seronok bagi orang makan masakan sendiri. Walaupun air tangan aku tak berapa tapi fikirkanlah pahalanya. In shaa Allah hidup bahagia dunia & akhirat =)

Thanks for reading this entry!




Belajar Bahasa Korea: Part I

Assalamualaikum
Annyeonghaseyo!

Disebabkan sekarang ni wabak k-pop dah tak boleh dibendung lagi terutama dalam kalangan remaja, maka silalah pergi ke klinik 1 Malaysia yang berhampiran untuk mendapatkan vaksin untuk mencegahnya. Dari tengok artis korea joget-joget atas pentas, then terpengaruh untuk tengok drama korea yang boleh mencurahkan air mata macam air terjun Lata Kinjang, sampailah mimpi pon pasal Korea. Sah la bahawa anda terkena virus k-pop ini. Tak cukup lagi, kini anda ingin belajar bahasa mereka pula. Begitulah muqaddimah merepek pada entry kali ini.

Bagi aku, tak salah untuk kita belajar bahasa korea. Even bahasa dorang bukan bahasa ketiga dunia tapi belajar kan salah satu tuntutan Islam. Kesimpulannya, marilah belajar bahasa korea. Hehe..

Untuk hari ni kita belajar istilah family dulu.

·  Yeoja : perempuan
·  Namja : lelaki
·  chingu : teman
·  Yeoja-chingu : girlfriend
·  Namja-chingu : boyfriend                        
·  Halmeoni : nenek
·  Harabeoji : atok
·  eomma : mama
·  appa : ayah
·  ajusshi : pak cik
·  ajumma : mak cik
·  Hyung : abang (bila yang mengucapkan adalah lelaki)
·  Nunna : kakak (bila yang mengucapkan adalah lelaki)
·  Oppa : abang (bila yang mengucapkan adalah perempuan)
·  Eonni : kakak (bila yang mengucapkan adalah perempuan)
·  Dongsaeng : adik
·  Yeo-Dongsaeng : adik perempuan
·  Namja-Dongsaeng : adik laki-laki

Untuk memantapkan ilmu korea korang, jadi korang dinasihatkan untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Korang try la panggil mak ayah korang omma & appa. Konpem dorang pikir anak dorang dah buang tabiat. Haha.. Selamat mencuba. Aja! Aja! Fighting!

Big Bang

Thanks for reading this entry!

Cara Download Video Dari Youtube

Assalamualaikum

Kita seringkali merasa amat stress tatkala video yang kita suka yang ditonton dari youtube hanya boleh ditonton dengan kehadiran internet. Lebih parah lagi jika video tersekat-sekat sebab line internet lembab mengalah siput khinzir hilang sebelah kaki. Wujudkah kaki bagi herbivor ini? Haha

Muka stress kak biah sebelah rumah sebab tengok masterchef online tersekat-sekat.

Banyak software sebenarnya menyediakan operasi mendownload video dari cik youtube ni. Tapi aku lebih suka guna iLivid. Okay, caranya mudah. Aku ajar satu persatu. Ingat, fokus! Jangan tertidur kerana anda mungkin akan hilang input yang sangat berguna untuk anak cucu kita pada masa akan datang (bajet cikgu). Haha

First, buka link ini http://keepvid.com/ then download la.

Senang je kan? Tak perlu daftar or kena charge apa-apa. Hidup ini semudah ABC 123. Okay, merapek. Sekian saja pelajaran hari ini.

Thanks for reading this entry!




Top 5 Smartphones 2013

Assalamualaikum

Kepada penggemar gajet-gajet di luar sana, korang mesti tertanya-tanya gajet apa yang terlatest sekarang ni. Yela, malu kalau kita guna phone 3 3 6 setengah kupang sedangkan cik peah isteri ketua kampung orang asli kampung durian sebatang guna iphongg 6. Mana nak sorok muka kiah oii.. Eh, mana keluar lagi iphongg 6. Okay, tanpa membuang masa let's check it out!

1. Apple Iphone 5 http://www.apple.com/iphone/

   




3. Alcatel One Touch www.alcatelonetouch.com








Untuk mengetahui info yang lebih lanjut korang boleh la click dekat link homepage dorang. Korang jugak boleh beli online dekat http://www.lazada.com.my Lazada sangat boleh dipercayai sebab dia jual barang yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Lepas ni boleh la ajak kawan-kawan seperjuangan, saudara-mara, jiran-jiran 40 buah rumah berdekatan untuk memborong gajet-gajet yang awesome ni.

Thanks for reading this entry!


Virus K-POP

Assalamualaikum
Anyeonghaseyo!

Mata aku tak dapat nak lelap sebab kepala pening tibe2. Agaknya sebab makan terlalu banyak hari ni. Mee goreng sepinggan + bengkang ubi seloyang + karipap gergasi + tepung bungkus gergasi + apple sebijik besar + gule2 choclairs sebijik semua aku sapu. Rasa macam tak yah mention je choclairs tu. Haha.. Family aku memang akan makan besar setiap hari selasa sebab ada pasar malam. Aku ni dah macam gergasi sebab makan makanan gergasi. Haaaaa... (gelak tak ikhlas)

Okay berbalik kepada topik kita pada pagi yang hening ini, aku tak minat k-pop langsung. Tapi tu dulu la. Sekarang aku ni dah macam hantu k-pop. Pagi, petang, siang, malam, subuh, zohor, asar, maghrib, isyak semuanya k-pop. Family aku dah naik bosan agaknya asyik kena tengok channel One 393 tu. Bahahaha.. (gelak jahat)

Aku start minat k-pop lepas aku bace blog kak FL yang dia pon dah terpengaruh dengan k-pop. Dia minat TOP BigBang. Then, aku nak tengok la hensem ke Top ni kot2 boleh buat menantu jiran sebelah. Busybody aku ni. Haha.. Mula2 aku minta video BigBang dekat kawan aku yang sememangnya minat k-pop. Sue nama dia. Masa tengah tengok show dorang, aku terus jatuh cinta dengan suara yang serak2 tu. Sue kata tu lah TOP. Wahh.. hensemnya.. Suara pon sedap. Maka start dari situ aku terus minat k-pop. Maksud aku minat Top. Kehkeh

This is TOP. Rambut kaler biru kau jah.

Disebabkan aku minat giler kat Top, sabun basuh pon aku beli jenama Top. Haha.. Kalau boleh semua barang2 aku jenama Top. Gile dah aku ni. Mamai agaknya pagi2 update blog. Hehe..

Cuti sem ni aku tak kerja. So, memang takde nak buat apa2 kat rumah. Then, aku try la tengok movie korea. First movie aku tengok Personal Taste. Aku suka sangat hero die berlakon walaupun masa tu aku tak kenal hero dia. Then aku search pakcik google. Tengok2 Lee Min Ho yang berlakon. Jejaka yang ramai perempuan minat tu. Wahh.. tak sangka aku minat orang yang sama jugak. Lepas dari tu, semua drama Lee Min Ho berlakon, semua aku tengok. Poyo! Haha..

Lee Min Ho. Lelaki pujaan ramai wanita2 k-pop seperti kak jah jiran sebelah (tak nak ngaku diri sendiri. hehe..)

Tapi sekarang ni aku mula layan penyanyi korea yang lain selain Top macam ZEA n Davichi. Movie pon aku tak tengok Lee Min Ho berlakon je. Aku dah meluaskan empayar keminatan aku. Aku layan Jang Ok Jung & All About My Romance dekat 393.

Korang yang tak minat k-pop mesti bosan baca entry aku. Hey, nanti kalau korang dah minat k-pop korang tahu lah rasa dia macam mana. Hawhawhaw.. (gelak + menguap)

Kamsahamnida =)


UiTM, Matrik, Poli & Form 6. Mana Satu Jadi Pilihan.

Assalamualaikum

Disebabkan sekarang ni ramai adik2 lepas spm konpius nak sambung belajar kat mana jadi aku nak bagi sedikit penerangan tentang kehidupan selepas sekolah ni. Kehidupan dekat u memang sangat sangat sangat berbeza dengan kehidupan dekat sekolah. Tambah2 lagi kalau duduk hostel. Lagilah berbeza. Sebab u tak ada warden! Yes, bebas! Haha

Sebelum aku sambung belajar dekat uitm, aku pun confuse nak pilih matrik, form 6 atau uitm. Matrik & uitm aku dapat course accounting. Form 6 pulak course sains. Memang aku tolak awal2 form 6 sebab aku tak minat science. Masalahnya aku dah la tak ada basic akaun. Ada pon ciput macam semut je sebab PMR dulu aku ambil keusahawanan untuk subjek Kemahiran Hidup. So, aku memang stress giler nak pilih yang mana satu. Then, aku buat survey cari kelebihan uitm & matrik kat google, tanya senior and macam2 lagi la.

Last2, family aku suruh pergi uitm. Mula2 memang tak rela sebab tak ramai kawan2 aku pegi uitm situ lagipun aku tak suka suasana baru. Tapi Alhamdulillah, berkat doa ibu & ayah, aku amat mencintai uitm sekarang. Hidup UiTM! Haha

So, hari ni aku akan cerita pasal perbezaan antara uitm, matrik, poli & form 6 berdasarkan pengalaman aku dan cerita daripada pengalaman kawan2. Kalau korang nak tahu pasal u lain selain uitm aku minta maaf la ye. Aku tak contact kawan2 aku yang sambung study kat sana sangat.

Adek2, kalau korang jenis yang cepat catch up, akak sarankan korang pilih matrik je. Pelajaran kat matrik ni laju sebab tu dia memakan masa setahun je. Dalam masa setahun tu korang kena cover 3 tahun pelajaran dekat uitm & poli. Nampak kan. Lagipun korang kena survive study sebab kalau sijil korang tak laku, korang tak boleh sambung degree. Sijil matrik tak dikira diploma. Kehidupan dekat matrik lebih kurang sekolah sebab korang kena ikut peraturan seperti hanya memakai baju kurung untuk ke kelas. Kelas pula start dari pagi sampai pukul 5 petang. Memang penat. Matrik kurang sosial. Maksud akak kat matrik kurang aktiviti2 luar sebab dorang lebih fokus untuk study. Yang bestnya, student matrik tak perlu pinjam ptptn sebab dorang dapat elaun. 

Untuk student uitm, belajar die rileks sikit. Bergantung kepada subjek yang kita ambil sebenarnya. Kalau korang ambil subjek akaun macam akak, memang rileks habis sebab tak perlu extra kelas atau apa2. Pergi kelas bawak pen sebatang & sehelai kertas pon dah cukup. Ceh, berlagak. Haha.. Kalau korang ambil course drawing2 ni, memang susah sikit. Korang memang akan jadi busy giler. Malam-malam pon korang akan duduk dekat studio siapkan projek. Yang best duduk uitm ni dia bebas sikit. Boleh pakai baju apa2 pegi kelas. Tapi pakaian kan melambangkan keperibadian. Korang boleh nampak kalau orang tu pakaian dia skema je, kebanyakan dari dorang student akaun. Kalau fashionista tu confirm student fashion. Yang pergi kelas pakai simple2 tu of course student seni. 

Dekat uitm sri iskandar korang boleh keluar bila2 masa je sebab bas u sentiasa ada setiap sejam. Best kan? Nak call taxi masuk ambil dalam kawasan kolej pon boleh. Walaupun bangunan dia tak berapa nak cantik sebab dah lama tapi still lagi selesa untuk tinggal. Pemantau memang akan sentiasa datang melawat keadaan sekitar. Makanan pon boleh tahan sedapnya. Murah pon murah. Siap ada pakej lagi nasi + ayam + sayur = RM 3. Berbaloi kan?

Untuk poli pulak, akak tak banyak sangat info tapi bolehlah sekadar untuk berkongsi dengan adek2. Poli lebih kurang uitm jugak. Belajar tak stress sangat sebab poli memakan masa 3 tahun untuk diploma. Pelajaran kat poli best jugak sebab dorang lebih pentingkan praktikal. Jadi, takdelah bosan sangat belajar. 

Form 6 agak tough sikit belajar dia sebab die hanya ambil setahun setengah je masa belajar. STPM merupakan exam paling susah dekat Asia. Sebab tu akak awal2 lagi tolak form 6 sebab tak berani nak ambil risiko. Sistem belajar die laju and korang kena catch up cepat. Tapi korang tak perlu risau sebab pointer 2.7 dah boleh sambung degree dekat ipta. Yang bestnya form 6 ni dia ajar cara buat muet. So, point di situ untuk stpm sebab uitm tak ajar cara ambil muet. Kena ambil sendiri.

Tu saje lah yang akak boleh kongsikan dengan adek2. Jangan buat keputusan terburu2 sebab ni berkaitan masa depan adek2 sendiri. Bincanglah dengan parent sebab mereka tahu apa yang terbaik untuk anak2 dorang. Yang paling penting keredhaan mereka. Kalau nak pilihan yang lebih tepat buat lah solat istikharah. All the best adek2!

Menggedik sat. Gambar dekat Bilik IT UiTM Sri Iskandar. Hehe ^^

Thanks for reading this entry!


Rahsia Kecantikan Artis Korea

Assalamualaikum

Mata aku tak reti2 nak lelap walaupun sekarang dah pukul 2 pagi. Nasib baik esok ahad. Boleh sambung tidur lepas subuh. Hehe.. Cehh, aku memang selalu sambung tidur lepas subuh pon sebab sekarang ni cuti sem. Heaven sungguh cuti sem ni. 

Tiba2 aku teringat yang kawan aku dulu ada cerita pasal artis korea kebanyakannya cantik & hensem. Disebabkan aku baru minat korea so, aku curious jugak la pasal benda ni.

Girls Generations

Dari hujung rambut sampai la ke jari kaki, memang kita akan rasa yang dorang ni perfect. Rambut lurus, muka lembut, body cantik, kulit halus, semuanya perfect. Awesome lagi.

Tapi sebenarnya, Korea terkenal dengan plastic surgery. So, tak semua artis korea cantik asli sebab kebanyakan daripada dorang pergi buat surgery. Disebabkan dorang amat mementingkan kecantikan so, membuat plastic surgery merupakan perkara biasa kat sana. Even budak sekolah akan minta parents dorang untuk bayar plastic surgery ni. (berapa banyak kali aku nak ulang 'plastic surgery' pon ntah)

Beberapa contoh artis korea yang buat plastic surgery: 

Yoona SNSD

Seo Hyun SNSD

Tae Yeon SNSD

Gambar2 kat atas ni aku tak sure sangat sama ada dorang ada buat plastic surgery ke tak sebab aku search kat google je. Lagipun muka kita memang  akan berubah sikit2 bila kita semakin matang. Tapi rata2 daripada dorang memang ubah parts of the body untuk nampak lebih cantik. Wallahualam..

Bagi aku, benda ni tak menjamin apa2 pun dalam kehidupan. Buat bazir duit mak bapak je. Haha.. Lagipun Islam kan mengharamkan kita ubah suai ciptaan Allah. Amek kau, aku dah ceramah. Bersyukur dengan diri kita seadanya. We are beautiful just the way we are =)

Thanks for the reading!



Hikmah

Assalamualaikum

Lama rasanya tak update blog. Bukan rasa tapi memang kenyataan sampai dah bersawang blog ni. Maklumlah, aku busy sikit final exam hari tu. Mianheyo (maaf dalam bahasa korea)..


Kali ni aku nak cerita pasal parent aku sebab benda ni terjadi dekat dorang. So, aku ni jadi penglipur lara yang sampaikan cerita dongeng kat korang. Dongeng bukan sebarang dongeng. Dongeng yang disahkan asli dan halal untuk di dengar.



Bismillahirrahmanirrahim...



Al-kisah..


Pagi tu ibu & ayah aku pegi ke pasar macam biasa membeli barang-barang basah yang hampir habis kat rumah. Ayah aku tunggu dalam kereta sebab ibu aku lambat sangat bersiapnya. Biasalah orang perempuan. Make up tak nak kalah dengan jiran sebelah rumah. Haha.. Ayah aku kena hon banyak kali baru ibu aku keluar rumah. 

Rupa-rupanya ibu aku lambat sangat hari tu sebab purse dia hilang. Banyak kali dia cari kat dalam laci tempat biasa dia letak purse tapi tak jumpa jugak. Last2 dia masuk je RM 100 tu dalam poket seluar. Then terus choww pergi pasar.

Sampai kat pasar, dia beli belah macam2. Bila nak bayar tengok2 duit tak ada. Dah hilang. Ibu aku yang gelabah terus call ayah. Then, ayah aku macam biasa la potpet2 tak habis. Bagi ibu ceramah, motivasi & khutbah bagai. Yelah, hilang kalau seringgit dua boleh la watlekwatpeace. 

Then, ibu aku kata redha aje la. Niatkan sedekah je. Maybe duit tu kita tak elok guna. Means kita tak tahu dari sumber mana duit tu. Selang 2 hari lepas tu, ayah aku makan kedai mamak. Then, terjumpa duit RM 50 atas jalan. Selang beberapa hari lagi, ayah aku dapat hamper sebab menang bowling competition tempat kerja dia. Hari ni pulak ayah aku dapat lagi hamper sebab bagi ceramah dekat student UPSI. Alhamdulillah =)

My lovely ibu & ayah. Muahh :*

See, rezeki tu ada di mana-mana. Bila kita hilang something, redhakan saja sebab banyak hikmah yang akan menanti.

Thanks for reading this entry!