Assalamualaikum
Disebabkan sekarang ni ramai adik2 lepas spm konpius nak sambung belajar kat mana jadi aku nak bagi sedikit penerangan tentang kehidupan selepas sekolah ni. Kehidupan dekat u memang sangat sangat sangat berbeza dengan kehidupan dekat sekolah. Tambah2 lagi kalau duduk hostel. Lagilah berbeza. Sebab u tak ada warden! Yes, bebas! Haha
Sebelum aku sambung belajar dekat uitm, aku pun confuse nak pilih matrik, form 6 atau uitm. Matrik & uitm aku dapat course accounting. Form 6 pulak course sains. Memang aku tolak awal2 form 6 sebab aku tak minat science. Masalahnya aku dah la tak ada basic akaun. Ada pon ciput macam semut je sebab PMR dulu aku ambil keusahawanan untuk subjek Kemahiran Hidup. So, aku memang stress giler nak pilih yang mana satu. Then, aku buat survey cari kelebihan uitm & matrik kat google, tanya senior and macam2 lagi la.
Last2, family aku suruh pergi uitm. Mula2 memang tak rela sebab tak ramai kawan2 aku pegi uitm situ lagipun aku tak suka suasana baru. Tapi Alhamdulillah, berkat doa ibu & ayah, aku amat mencintai uitm sekarang. Hidup UiTM! Haha
So, hari ni aku akan cerita pasal perbezaan antara uitm, matrik, poli & form 6 berdasarkan pengalaman aku dan cerita daripada pengalaman kawan2. Kalau korang nak tahu pasal u lain selain uitm aku minta maaf la ye. Aku tak contact kawan2 aku yang sambung study kat sana sangat.
Adek2, kalau korang jenis yang cepat catch up, akak sarankan korang pilih matrik je. Pelajaran kat matrik ni laju sebab tu dia memakan masa setahun je. Dalam masa setahun tu korang kena cover 3 tahun pelajaran dekat uitm & poli. Nampak kan. Lagipun korang kena survive study sebab kalau sijil korang tak laku, korang tak boleh sambung degree. Sijil matrik tak dikira diploma. Kehidupan dekat matrik lebih kurang sekolah sebab korang kena ikut peraturan seperti hanya memakai baju kurung untuk ke kelas. Kelas pula start dari pagi sampai pukul 5 petang. Memang penat. Matrik kurang sosial. Maksud akak kat matrik kurang aktiviti2 luar sebab dorang lebih fokus untuk study. Yang bestnya, student matrik tak perlu pinjam ptptn sebab dorang dapat elaun.
Untuk student uitm, belajar die rileks sikit. Bergantung kepada subjek yang kita ambil sebenarnya. Kalau korang ambil subjek akaun macam akak, memang rileks habis sebab tak perlu extra kelas atau apa2. Pergi kelas bawak pen sebatang & sehelai kertas pon dah cukup. Ceh, berlagak. Haha.. Kalau korang ambil course drawing2 ni, memang susah sikit. Korang memang akan jadi busy giler. Malam-malam pon korang akan duduk dekat studio siapkan projek. Yang best duduk uitm ni dia bebas sikit. Boleh pakai baju apa2 pegi kelas. Tapi pakaian kan melambangkan keperibadian. Korang boleh nampak kalau orang tu pakaian dia skema je, kebanyakan dari dorang student akaun. Kalau fashionista tu confirm student fashion. Yang pergi kelas pakai simple2 tu of course student seni.
Dekat uitm sri iskandar korang boleh keluar bila2 masa je sebab bas u sentiasa ada setiap sejam. Best kan? Nak call taxi masuk ambil dalam kawasan kolej pon boleh. Walaupun bangunan dia tak berapa nak cantik sebab dah lama tapi still lagi selesa untuk tinggal. Pemantau memang akan sentiasa datang melawat keadaan sekitar. Makanan pon boleh tahan sedapnya. Murah pon murah. Siap ada pakej lagi nasi + ayam + sayur = RM 3. Berbaloi kan?
Untuk poli pulak, akak tak banyak sangat info tapi bolehlah sekadar untuk berkongsi dengan adek2. Poli lebih kurang uitm jugak. Belajar tak stress sangat sebab poli memakan masa 3 tahun untuk diploma. Pelajaran kat poli best jugak sebab dorang lebih pentingkan praktikal. Jadi, takdelah bosan sangat belajar.
Form 6 agak tough sikit belajar dia sebab die hanya ambil setahun setengah je masa belajar. STPM merupakan exam paling susah dekat Asia. Sebab tu akak awal2 lagi tolak form 6 sebab tak berani nak ambil risiko. Sistem belajar die laju and korang kena catch up cepat. Tapi korang tak perlu risau sebab pointer 2.7 dah boleh sambung degree dekat ipta. Yang bestnya form 6 ni dia ajar cara buat muet. So, point di situ untuk stpm sebab uitm tak ajar cara ambil muet. Kena ambil sendiri.
Tu saje lah yang akak boleh kongsikan dengan adek2. Jangan buat keputusan terburu2 sebab ni berkaitan masa depan adek2 sendiri. Bincanglah dengan parent sebab mereka tahu apa yang terbaik untuk anak2 dorang. Yang paling penting keredhaan mereka. Kalau nak pilihan yang lebih tepat buat lah solat istikharah. All the best adek2!
Menggedik sat. Gambar dekat Bilik IT UiTM Sri Iskandar. Hehe ^^
Thanks for reading this entry!
Hidup UiTM. Hidupp. Kalau budak engineering. Suka pakai seluar. Petang2 sebok siapkan projekk. Hahaha. Tapi aku suka tido. Nikmatt.
ReplyDeleteyeahh! same la kite. Budak uitm suka tido agaknya. haha
ReplyDeletehaha. uitm relax sgt. sebab uh budak suka tido. best dohh. paling penting. lagu uitm sedapp. hahaha. bersatu kita warga uitmmm,
ReplyDeleteTq for the info...ak lepasan diploma politeknik...jurusan account sme mcm akak...mmg takde basic lgsung...tp alhmdulilh....keluar dgn dekan..skrg bru je msuk uitm kuching...ambik course yg sme...yg best nye poli...practically is more than u study dkt meja pgg buku pen je...lpsn poli mmg trbukti seng dpt kje...ak 2 buln sblum grade dh ade offer kja sbg penolong acc dkt baitulml...sbb situ tmpt sy prcticll..dieorg offer sbb prcticl bgus...ceh wah...lawa...takde lh...tp sy memilih nk ambik degree...mnelh thu..bole jd accountant terus dkt baitulml tu...insyaallh...
ReplyDelete