Berbuka With Classmate

Assalamualaikum

Mentang-mentang sekarang ni bulan pose, aku asyik update pasal berbuka je. Yelah kak zabedah oii, takkan nak update pasal cara-cara membuat kuih talam berperisa durian. Tak sheshuai la..

Macam biasa aku tak ingat bila benda ni berlaku. Tapi dalam bulan puasa la kan. Maybe sebab puasa jadi aku tak ada sufficient energy untuk mengingati tarikh-tarikh keramat sepert ini. Hey, jangan salahkan bulan puasa tapi salahkan ibu mengandung tak minum susu anmum. Sebab tu lahir anak yang pelupa macam ni. Keh3

Sementara menunggu nenek-nenek bersiap, eloklah kita tangkap gambar dulu. Haha

Meredah lautan api untuk menuju ke destinasi. Kemain kau kak zabedah..

Boria Borii Borie Boriu Boriok. Apa yang aku cuba sampaikan pon aku tak tahu. Haha

Kami pelajar perempuan dalam kelas AC3B. Yelah, gambar pun perempuan takkan lelaki pulakkan. Ke khunsa? Jeng3

Kau dah makan sepinggan nasi, sedap-sedap je duduk atas aku. Ewahh.. BTW, daniel ni la anak tauke restoran yang kami berbuka ni. Omey kan?

K la, dah ngantuk. Jangan lupa baca niat puase sok. 

Thanks for reading this entry!




Majlis Berbuka Bersama Rektor

Assalamualaikum

Dah berabad aku tak update blog ni. Maklumlah, wanita berkerjaya memang busy macam ni. Kalah Datin Rosmah bak hang. Keh3.. *cuci3*

Aku tak ingat event berlaku bila tapi dalam bulan puasa jugak la kan. Nama pun berbuka puasa bersama rektor. Okay, buat sesiapa yang tak tahu rektor tu ape, rektor tu sepupu sepapat dengan guru besar dan pengetua. Pangkat dorang sama macam tu tapi kat u ni kami panggil rektor. Takkan nak panggil guru besar kot. Tak klass langsung! haha

Bakal akauntan cemerlang, gemilang, terbilang lagi meletup-letup. Dari kiri.. Badd, Mira, Permaisuri Sesat, Kak Yana & Naza. Semua kiut-miut. Haha

Orang depan meja aku merangkap classmate yang awesome & lejen. Dari kiri.. Siha, Oshin & Nani.

Korang perasan tak badan aku dah naik? Tambah-tambah lagi tang pipi. Mana ade, tengok, kan kurus pipi aku tu. ( tak nak ngaku pipi dah mengembang macam letak gas hidrogen dalam pipi. kih3)

Kite orang kena tegur sebab bising sangat tangkap gambar. Bawah meja pon jadi tangkap gambar. Budak nakal memang camni. Haha

Selamat berpuasa semua =) BTW, kelas Bel aku ade buat blog. Do visit here.
Thanks for reading this entry!

19 June ♥



Apa pandang-pandang? Ada hutang?

Ceh, baru pembukaan nak gaduh-gaduh pulak. Tak beradab sopan langsung. Tahu tak menjaga adab & sopan itu budaya rakyat Malaysia. Jadi, marilah kita mengamalkannnya.

Assalamualaikum

Sebenarnya 19 June hari tu birthday one of my precious girlfriends. Nama dia Nora. Tak kenal? Yang carik gaduh kat atas tadi tu dia. Haha.. Nora, I love U  

Nono (nama manja beliau) seorang yang sangat caring. Manja. Pandai. Protective. Kiut. Miut. Natural beauty. Sleeping beauty. Suka buli aku, eh? Haha

Sebenar-sebenarnya aku macam terasa sebab dia kata dia nak call masa birthday dia. Tapi dia tak call pon. Aku bajet nak touching tapi tiba-tiba teringat pulak yang dia guna maxis aku guna celcom. Terus tak jadi touching. 

So, aku nak ucapkan Happy Birthday Nora. Walaupun dah terlambat tapi kau kena tahu yang blog aku ni sumber cerita yang dah expired tapi kasih sayangku terhadapmu takkan pernah expired. Setia hujung nyawa. Teduhan kasih. Sebenarnya Nora Pakwe Saya. Eh?

Aku harap kau takkan lupakan aku walaupun kau dah beranak pinak. Aku gembira sangat dapat jumpa kau hari tu. Rasa tak puas lagi. Rasa rindu sangat kat kau. Sayang, take care. I always love you. You're my sunshine. My only sunshine =)

Thanks for reading this entry!

Dunia Yang Kecik

Assalamualaikum

Syukur ke hadrat Ilahi kerana perut kenyang hari ni. Terima kasih kepada kolej kerana support dinner aku malam ni. Memang takde kena mengena dengan tajuk aku. Haha.. Disebabkan aku dah mengantuk sebab makan banyak sangat so, aku straight to the point je no belok-belok.

Aku tak ingat benda ni berlaku hari apa. Nampak sangat cerita dah expired. Jadi arwah dah. Arwah baik orangnya. Apa aku mengarut ni? Sila lempang bagi aku sedar. 

Actually, aku terjumpa Nonoi masa aku pergi McD kat Seri Iskandar. Aku belajar kat uitm and nonoi belajar kat UTP. Walaupun dekat tapi kite orang pernah jumpa sekali je. Tapi jodoh pertemuan di tangan Allah. Alhamdulillah, kami berjaya dipertemukan sekali lagi. Kawan-kawan lain silalah jealous. Haha.. BTW, Nonoi ni kawan sekolah rendah dan sekolah menengah aku dulu. 





Pipi aku berlambak dekat screen laptop ni. Silap-silap hari bulan boleh pecah screen. Haha.. Nampaknya aku kena buat senaman kuruskan pipi mulai esok sebab malam ni aku dah kenyang. Tak larat. Buruk betul perangai aku. Haha

Thanks for reading this entry!

Happy Birthday kepada Rakan Blogger - Nazwatul Husna

Assalamualaikum

Hari ni bersamaan 12/6/2013 birthday kawan aku. Actually dia kakak sebab dia lebih tua setahun dari aku. Nama dia Nazwatul Husna binti Mohd Razi. So, all readers say happy birthday to kak husna.. "happy birthday kak husna"=)

Ni lah kak husna yang aku cakap tu. Aku kenal die masa kat hostel dulu. Dia merupakan rakan hostel, rakan 1 UiTM juga rakan blogger. Orang dia kecik-kecik tapi suara lantang wehh..

Kak husna. Comel kan. Aipp, jangan cuba untuk ngorat dia sebab dia dah berpunya. Hehe


To my lovely kak husna,

Happy birthday,

Semoga bahagia dengan insan tersayang,
Belajar rajin-rajin,
Take care,

Sayang akak  

Singgah blog kak husna di sini : http://nazwatulhusna.blogspot.com/


Thanks for reading this entry!

Pemandangan di UiTM Sri Iskandar

Assalamualaikum

Rasanya masih tak terlambat lagi untuk mengucapkan selamat datang kepada adek-adek yang dapat tawaran sambung belajar dekat UiTM Seri Iskandar ni. Annyeonghaseyo *tingg (tunjuk gigi bersinar) Korang mesti wondering macam mana bentuk dalam kawasan uitm ni kan. Sama ada bentuk die bulat, bujur,  segi empat melintang, empat segi terbalik itu semua tak penting. Yang penting SI ni mengamalkan konsep go green walaupun cuaca kat sini lebih kurang macam kat Jamaica. 

Hari ni akak sangat berbesar hati untuk menunjukkan gambar-gambar pemandangan di SI. Baik jugak akak ni kan. Tak sangka. Haha.. Tak malu puji diri sendiri.

BANGUNAN PENTADBIRAN
Kat sini tempat korang melangsaikan segala jenis hutang. Tak kira hutang letrik, hutang saman & hutang wang hantaran anak rektor pon kat sini. Haha. Hal-hal berkaitan pelajaran & PTPTN juga boleh dirujuk di sini.

bahagian depan

bahagian belakang


PUSAT ISLAM
Tempat melakukan aktiviti ibadah. Bangunan ni 2 tingkat. Bawah dia DIAK, exam hall.




DEWAN SRI ISKANDAR
Exam hall & segala aktiviti macam majlis, ceramah, pertunjukan dilakukan di sini.






UNIT KESIHATAN & KLINIK
Kite orang panggil UK sebagai shortform. Bila sakit cakap nak pergi UK. Konon pergi United Kingdom la kan. Haha



FAKULTI - FAKULTI
Tempat korang berkuliah. Kat SI pembelajaran dilakukan sama macam sekolah sebab belajar dalam kelas. So, jangan dok berangan nak belajar dalam lecture hall macam dalam drama selalu tu. Haha

ANNEX 1

ANNEX 2

ANNEX 3





KOLEJ
Tempat melakukan aktiviti seharian. 







DEWAN MAKAN
Tempat korang melantak & erm.. juga dating. Ramai orang dating sambil makan. Konon romantik la kot. Hehe.. Jangan risau, makanan dia boleh tahan sedap & berpatutan.






KAWASAN SEKITAR











Thanks for reading this entry!

Resepi : Murtabak Maggi

Assalamualaikum

Disebabkan cuti sem ni aku hanya bekerja sebagai penternak lemak di rumah, maka aku memperluaskan kerjaya aku ni lagi dengan try macam-macam masakan. Konon masterchef la tu. Hewhewhew.

Korang pernah makan murtabak? Ala, yang Pak Meon jual kat pasar malam tu. Sedap kan. Maggi confirm2 korang pernah makan sebab maggi menjadi makanan asasi korang terutama student. Sedap jugak kan. Kalau digabungkan dua-dua makanan ni double double lagi sedapnya. Sedapnya macam erm.. gedebommm! Lebih kurang macam tu la. Apa aku merepek ni? Haihh..

Homemade murtabak maggi yang gedebommm! Gedebomm lagi.

Bahan-bahan:
♡ 2 peket maggi
♡ 6 biji telur
♡ sebatang daun sop
♡ setengah yellow onion
♡ ayam yang diperap (optional)

Cara buat:
1. Rebus maggi sampai kembang then toskan.
2. Potong daun sop & yellow onion kecik2.
3. Potong ayam bentuk dadu.
4. Pecahkan telur dan masukkan perencah maggi kari.
5. Gaulkan semua bahan-bahan di atas dalam satu mangkuk then bakar atas kuali.


6. Biarkan bahagian bawah dia masak seketika.


7. Bila bahagian bawah dah masak, korang terbalikkan dia bagi bahagian atas pulak masak.
8. Siap!

Bila murtabak maggi korang dah siap, bolehlah makan secara berjemaah. Tak baik makan sorang-sorangkan. Nanti makan dengan syaitan. Ish3...

 Murtabak maggi yang dibedah. Rupa dalam murtabak maggi.

Sebenarnya, telur tu terpulang korang nak guna berapa. Minimum 2 untuk 1 paket maggi. Tapi lagi banyak telur lagi tough korang punya murtabak sebab telur tu la yang jadi konkrit untuk murtabak maggi ni. Dan lagi satu, ayam tu tak semestinya ayam perap. Mak aku rajin perap ayam. So, aku guna ayam perap tu untuk masakan. Bila makan, rasa feeling2 satay macam tu. Hikhik gedik terlebih.

Erkk.. Minaci mana ni?

Thanks for reading this entry!