Pemandangan di UiTM Sri Iskandar

Assalamualaikum

Rasanya masih tak terlambat lagi untuk mengucapkan selamat datang kepada adek-adek yang dapat tawaran sambung belajar dekat UiTM Seri Iskandar ni. Annyeonghaseyo *tingg (tunjuk gigi bersinar) Korang mesti wondering macam mana bentuk dalam kawasan uitm ni kan. Sama ada bentuk die bulat, bujur,  segi empat melintang, empat segi terbalik itu semua tak penting. Yang penting SI ni mengamalkan konsep go green walaupun cuaca kat sini lebih kurang macam kat Jamaica. 

Hari ni akak sangat berbesar hati untuk menunjukkan gambar-gambar pemandangan di SI. Baik jugak akak ni kan. Tak sangka. Haha.. Tak malu puji diri sendiri.

BANGUNAN PENTADBIRAN
Kat sini tempat korang melangsaikan segala jenis hutang. Tak kira hutang letrik, hutang saman & hutang wang hantaran anak rektor pon kat sini. Haha. Hal-hal berkaitan pelajaran & PTPTN juga boleh dirujuk di sini.

bahagian depan

bahagian belakang


PUSAT ISLAM
Tempat melakukan aktiviti ibadah. Bangunan ni 2 tingkat. Bawah dia DIAK, exam hall.




DEWAN SRI ISKANDAR
Exam hall & segala aktiviti macam majlis, ceramah, pertunjukan dilakukan di sini.






UNIT KESIHATAN & KLINIK
Kite orang panggil UK sebagai shortform. Bila sakit cakap nak pergi UK. Konon pergi United Kingdom la kan. Haha



FAKULTI - FAKULTI
Tempat korang berkuliah. Kat SI pembelajaran dilakukan sama macam sekolah sebab belajar dalam kelas. So, jangan dok berangan nak belajar dalam lecture hall macam dalam drama selalu tu. Haha

ANNEX 1

ANNEX 2

ANNEX 3





KOLEJ
Tempat melakukan aktiviti seharian. 







DEWAN MAKAN
Tempat korang melantak & erm.. juga dating. Ramai orang dating sambil makan. Konon romantik la kot. Hehe.. Jangan risau, makanan dia boleh tahan sedap & berpatutan.






KAWASAN SEKITAR











Thanks for reading this entry!

No comments:

Post a Comment