19 June ♥



Apa pandang-pandang? Ada hutang?

Ceh, baru pembukaan nak gaduh-gaduh pulak. Tak beradab sopan langsung. Tahu tak menjaga adab & sopan itu budaya rakyat Malaysia. Jadi, marilah kita mengamalkannnya.

Assalamualaikum

Sebenarnya 19 June hari tu birthday one of my precious girlfriends. Nama dia Nora. Tak kenal? Yang carik gaduh kat atas tadi tu dia. Haha.. Nora, I love U  

Nono (nama manja beliau) seorang yang sangat caring. Manja. Pandai. Protective. Kiut. Miut. Natural beauty. Sleeping beauty. Suka buli aku, eh? Haha

Sebenar-sebenarnya aku macam terasa sebab dia kata dia nak call masa birthday dia. Tapi dia tak call pon. Aku bajet nak touching tapi tiba-tiba teringat pulak yang dia guna maxis aku guna celcom. Terus tak jadi touching. 

So, aku nak ucapkan Happy Birthday Nora. Walaupun dah terlambat tapi kau kena tahu yang blog aku ni sumber cerita yang dah expired tapi kasih sayangku terhadapmu takkan pernah expired. Setia hujung nyawa. Teduhan kasih. Sebenarnya Nora Pakwe Saya. Eh?

Aku harap kau takkan lupakan aku walaupun kau dah beranak pinak. Aku gembira sangat dapat jumpa kau hari tu. Rasa tak puas lagi. Rasa rindu sangat kat kau. Sayang, take care. I always love you. You're my sunshine. My only sunshine =)

Thanks for reading this entry!

Dunia Yang Kecik

Assalamualaikum

Syukur ke hadrat Ilahi kerana perut kenyang hari ni. Terima kasih kepada kolej kerana support dinner aku malam ni. Memang takde kena mengena dengan tajuk aku. Haha.. Disebabkan aku dah mengantuk sebab makan banyak sangat so, aku straight to the point je no belok-belok.

Aku tak ingat benda ni berlaku hari apa. Nampak sangat cerita dah expired. Jadi arwah dah. Arwah baik orangnya. Apa aku mengarut ni? Sila lempang bagi aku sedar. 

Actually, aku terjumpa Nonoi masa aku pergi McD kat Seri Iskandar. Aku belajar kat uitm and nonoi belajar kat UTP. Walaupun dekat tapi kite orang pernah jumpa sekali je. Tapi jodoh pertemuan di tangan Allah. Alhamdulillah, kami berjaya dipertemukan sekali lagi. Kawan-kawan lain silalah jealous. Haha.. BTW, Nonoi ni kawan sekolah rendah dan sekolah menengah aku dulu. 





Pipi aku berlambak dekat screen laptop ni. Silap-silap hari bulan boleh pecah screen. Haha.. Nampaknya aku kena buat senaman kuruskan pipi mulai esok sebab malam ni aku dah kenyang. Tak larat. Buruk betul perangai aku. Haha

Thanks for reading this entry!

Happy Birthday kepada Rakan Blogger - Nazwatul Husna

Assalamualaikum

Hari ni bersamaan 12/6/2013 birthday kawan aku. Actually dia kakak sebab dia lebih tua setahun dari aku. Nama dia Nazwatul Husna binti Mohd Razi. So, all readers say happy birthday to kak husna.. "happy birthday kak husna"=)

Ni lah kak husna yang aku cakap tu. Aku kenal die masa kat hostel dulu. Dia merupakan rakan hostel, rakan 1 UiTM juga rakan blogger. Orang dia kecik-kecik tapi suara lantang wehh..

Kak husna. Comel kan. Aipp, jangan cuba untuk ngorat dia sebab dia dah berpunya. Hehe


To my lovely kak husna,

Happy birthday,

Semoga bahagia dengan insan tersayang,
Belajar rajin-rajin,
Take care,

Sayang akak  

Singgah blog kak husna di sini : http://nazwatulhusna.blogspot.com/


Thanks for reading this entry!

Pemandangan di UiTM Sri Iskandar

Assalamualaikum

Rasanya masih tak terlambat lagi untuk mengucapkan selamat datang kepada adek-adek yang dapat tawaran sambung belajar dekat UiTM Seri Iskandar ni. Annyeonghaseyo *tingg (tunjuk gigi bersinar) Korang mesti wondering macam mana bentuk dalam kawasan uitm ni kan. Sama ada bentuk die bulat, bujur,  segi empat melintang, empat segi terbalik itu semua tak penting. Yang penting SI ni mengamalkan konsep go green walaupun cuaca kat sini lebih kurang macam kat Jamaica. 

Hari ni akak sangat berbesar hati untuk menunjukkan gambar-gambar pemandangan di SI. Baik jugak akak ni kan. Tak sangka. Haha.. Tak malu puji diri sendiri.

BANGUNAN PENTADBIRAN
Kat sini tempat korang melangsaikan segala jenis hutang. Tak kira hutang letrik, hutang saman & hutang wang hantaran anak rektor pon kat sini. Haha. Hal-hal berkaitan pelajaran & PTPTN juga boleh dirujuk di sini.

bahagian depan

bahagian belakang


PUSAT ISLAM
Tempat melakukan aktiviti ibadah. Bangunan ni 2 tingkat. Bawah dia DIAK, exam hall.




DEWAN SRI ISKANDAR
Exam hall & segala aktiviti macam majlis, ceramah, pertunjukan dilakukan di sini.






UNIT KESIHATAN & KLINIK
Kite orang panggil UK sebagai shortform. Bila sakit cakap nak pergi UK. Konon pergi United Kingdom la kan. Haha



FAKULTI - FAKULTI
Tempat korang berkuliah. Kat SI pembelajaran dilakukan sama macam sekolah sebab belajar dalam kelas. So, jangan dok berangan nak belajar dalam lecture hall macam dalam drama selalu tu. Haha

ANNEX 1

ANNEX 2

ANNEX 3





KOLEJ
Tempat melakukan aktiviti seharian. 







DEWAN MAKAN
Tempat korang melantak & erm.. juga dating. Ramai orang dating sambil makan. Konon romantik la kot. Hehe.. Jangan risau, makanan dia boleh tahan sedap & berpatutan.






KAWASAN SEKITAR











Thanks for reading this entry!

Resepi : Murtabak Maggi

Assalamualaikum

Disebabkan cuti sem ni aku hanya bekerja sebagai penternak lemak di rumah, maka aku memperluaskan kerjaya aku ni lagi dengan try macam-macam masakan. Konon masterchef la tu. Hewhewhew.

Korang pernah makan murtabak? Ala, yang Pak Meon jual kat pasar malam tu. Sedap kan. Maggi confirm2 korang pernah makan sebab maggi menjadi makanan asasi korang terutama student. Sedap jugak kan. Kalau digabungkan dua-dua makanan ni double double lagi sedapnya. Sedapnya macam erm.. gedebommm! Lebih kurang macam tu la. Apa aku merepek ni? Haihh..

Homemade murtabak maggi yang gedebommm! Gedebomm lagi.

Bahan-bahan:
♡ 2 peket maggi
♡ 6 biji telur
♡ sebatang daun sop
♡ setengah yellow onion
♡ ayam yang diperap (optional)

Cara buat:
1. Rebus maggi sampai kembang then toskan.
2. Potong daun sop & yellow onion kecik2.
3. Potong ayam bentuk dadu.
4. Pecahkan telur dan masukkan perencah maggi kari.
5. Gaulkan semua bahan-bahan di atas dalam satu mangkuk then bakar atas kuali.


6. Biarkan bahagian bawah dia masak seketika.


7. Bila bahagian bawah dah masak, korang terbalikkan dia bagi bahagian atas pulak masak.
8. Siap!

Bila murtabak maggi korang dah siap, bolehlah makan secara berjemaah. Tak baik makan sorang-sorangkan. Nanti makan dengan syaitan. Ish3...

 Murtabak maggi yang dibedah. Rupa dalam murtabak maggi.

Sebenarnya, telur tu terpulang korang nak guna berapa. Minimum 2 untuk 1 paket maggi. Tapi lagi banyak telur lagi tough korang punya murtabak sebab telur tu la yang jadi konkrit untuk murtabak maggi ni. Dan lagi satu, ayam tu tak semestinya ayam perap. Mak aku rajin perap ayam. So, aku guna ayam perap tu untuk masakan. Bila makan, rasa feeling2 satay macam tu. Hikhik gedik terlebih.

Erkk.. Minaci mana ni?

Thanks for reading this entry!

Cara Kira Kuantiti Air Yang Diperlukan Badan

Assalamualaikum

Pernah tak korang rasa badan korang lesu? Nak buat satu kerja pon malas. Dan ketika itu bestfriend korang adalah katil. Atau bibir korang merekah & pecah-pecah? Sapu lipbalm sampai 5 inci pun tetap nampak jugak merekahnya. Ataupun korang sembelit? Duduk dalam tandas 5 jam tak confirm lagi keluar sampai retak mangkuk tandas tu korang buat. Jika tak pernah sila iyakan saja sebab aku nak share cara kira kuantiti air yang diperlukan oleh badan kita.

Sebelum tu, simptom-simptom di atas sebab badan korang kurang air. Cara nak kira benda alah ni kacang goreng masak tempoyak masam manis je sebab senang sangat.

Formula : (Berat badan x 40) + 500

Example :
Berat badan kak ton 45kg  
45 x 40 = 1800
1800 + 500 = 2300

So, kak ton kena minum sebanyak 2300 ml sehari. Mudah kan. Mulakan hidup secara sihat mulai hari ini =)

Thanks for reading this entry!

Entry Berbaur Simpati

Assalamualaikum


Curang. Aku pantang betul orang yang curang dalam perhubungan ni. Rasa nak upah orang untuk culik dia. Bawak dia pergi dekat rumah kosong. Then belasah die cukup-cukup sampai patah tulang-temulang & lebam-lebam badan dia. Pastu kerat dia halus-halus. Last sekali, bakar dalam api yang marak menyala sampai dia hangus. 

Wowowo.. relax relax. Mengucap dulu. Emo sungguh aku untuk entry kali ni. Aku bukan apa. Aku baru je baca entry kawan aku. Dia cerita pasal kawan dia yang jadi mangsa curang. Curang satu. Habiskan duet perempuan pun satu. Sebab tu lah aku bengang. Grrr.. (panas ni) Walaupun aku tak pernah lalui benda ni (Alhamdulillah) tapi aku simpati dekat dorang dorang yang jadi mangsa curang ni. Even ramai kawan sekeliling aku yang dah lalui benda ni dan aku dah dengar banyak cerita daripada dorang.


Kartun Danbo sebagai model kali ini.

Kepada Shuhada Shukri, 
Walaupun saya tak kenal awak & awak pon tak kenal saya, saya harap awak tabah untuk lalui semua ni. Jangan biarkan diri sorang-sorang. Sentiasa berteman. Awak jangan risau, ramai lagi yang jadi mangsa curang macam awak. Tapi dorang semua boleh temui kebahagiaan selepas redha dengan perkara ni. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni. Allah lebih mengetahui. Be strong, girl! Kuatkan hati awak. Allah sentiasa bersama kita =)

Danbo yang prihatin =')


Blog kawan aku tu Anna Shuha Dawsons :

Thanks for reading this entry!

Resipi : Dorayaki

Assalamualaikum


Kepada rakan-rakan taulan, adek-adek yang tengah main basikal, mak-mak yang tengah sibuk buat cekodok petang-petang camni & kepada semua peminat tegar cerita Doraemon, korang mesti tahu Dorayaki tu ape. Dorayaki tu nama glamor bagi Pak Man Toncit sebelah rumah. Haha kena tipu!

Ini la Dorayaki yang Doraemon sibuk promote dalam cerita dia sehingga boleh membuat Pak Man Toncit terliur ketika menonton. *gambar dicilok dari pakcik google.


Cara buat dia senang je. 

Bahan-bahan:
♥ secawan tepung penaik sendiri
♥ 2 biji telur
♥ setengah cawan gula
♥ air 1/4 cawan
♥ satu sudu teh esen vanilla
♥ satu tablespoon madu


Cara-caranya : 
1. Campak semua bahan-bahan dalam bekas dan gaul. Sila campak dengan lemah lembut kerana kita perempuan mestilah menjaga adab & sopan. Baru ada orang masuk meminang. Hewhewhew. Gatal!


Gaul, gaul & gaul sampai jadi macam...

Macam ni! Eh2, bekas dah tukar kaler. Doraemon tolong tukarkan bekas kepada yang lebih besar. Inilah kuasa Doraemon yang membantu manusia membuat makanan kegemarannya. Hehe..


Korang pastikan adunan korang tak terlalu likat atau terlalu cair. Sederhana sahaja. Tambah atau kurangkan air apa yang patut. Bukankah besederhana itu  sunnah nabi kita?

Then, pergi panaskan kuali non-stick, letak minyak sedikit pastu boleh la tuangkan sedikit adunan ni atas kuali. Jangan risau, kalau adunan korang betul, confirm dorayaki korang jadi bulat macam kepala Doraemon. Haha.. Lepas dah siap, boleh la korang letak perasa yang korang suka macam jem ke, nutella ke. Bukan sama ke jem & nutella? Tiba-tiba otak tak boleh berfungsi. Haha

Thanks for reading this entry!





Resipi : Koktail

Assalamualaikum

Sebelum baca entry ni sila mulakan dengan bismillahirrahmanirrahin & tarik nafas panjang-panjang..

Aku gagahkan diri juga untuk merempit di bawah cahaya matahari yang ibarat 5 kaki 2 inci setengah atas kepala ni untuk pergi ke pasaraya yang terletak 2km dari rumah untuk membeli barang-barang untuk dibuat koktail untuk dimakan secara berjemaah bersama family. Fuhh.. tercungap-cungap. (berapa banyak 'untuk'? lempang satgi kang) Tetapi bak kata pepatah zaman dinasour t-rex dulu, 'kalau tak dipecahkan tabung manakan dapat duitnya'. Walaupun bermandi peluh, kulit jadi hitam bagai sebab merentas cuaca yang panas terik tapi lepas dapat pekena koktail yang sejuk-sejuk kaku ni terasa macam duduk dalam syurga buatan sendiri. Haha..

Senang sangat nak buat koktail ni. Tutup hidung pon boleh buat. Tapi jangan tutup mata sebab nanti korang tak tahu apa yang korang letak dalam koktail ni. Silap-silap koktail cicak korang buat. Last2, jadi Cicakman pulak. Okay, mengarut. Haha..

Barang-barang:
♥ susu cair satu tin
♥ buah-buahan koktail satu tin (yang halal)
♥ aneka sumi

Step pertama baca bismillah. Step terakhir korang campak je semua bahan-bahan tu dalam bekas. Pastu letak la beberapa ketul ais bagi dia sejuk sampai menusuk kalbu.


Tadada~ Koktail campak-campak. Haha


Tapi kan, aku nasihatkan korang potong la dulu sumi yang besar-besar gedabak tu. Mana la tahu kot2 korang tercekik kan. Aku pulak yang kena tanggung. Ish3...

Untuk rasa yang lebih aumphh, korang tambah la aiskrim atau apa-apa yang korang suka. Asalkan ia sejuk sebab koktail ni sejuk.


Lambat sangat tangkap gambar aiskrim aku dah cair macam kapal Titanic karam.


Lepas dah siap semua ni, bolehlah korang nikmati bersama orang tersayang sambil layan feeling2 sejuk dia tu. Yang penting koktail ni disahkan halalan & toyyibah (remember the bismillah & buah koktail yang halal)

Thanks for reading this entry!