Resipi : Dorayaki

Assalamualaikum


Kepada rakan-rakan taulan, adek-adek yang tengah main basikal, mak-mak yang tengah sibuk buat cekodok petang-petang camni & kepada semua peminat tegar cerita Doraemon, korang mesti tahu Dorayaki tu ape. Dorayaki tu nama glamor bagi Pak Man Toncit sebelah rumah. Haha kena tipu!

Ini la Dorayaki yang Doraemon sibuk promote dalam cerita dia sehingga boleh membuat Pak Man Toncit terliur ketika menonton. *gambar dicilok dari pakcik google.


Cara buat dia senang je. 

Bahan-bahan:
♥ secawan tepung penaik sendiri
♥ 2 biji telur
♥ setengah cawan gula
♥ air 1/4 cawan
♥ satu sudu teh esen vanilla
♥ satu tablespoon madu


Cara-caranya : 
1. Campak semua bahan-bahan dalam bekas dan gaul. Sila campak dengan lemah lembut kerana kita perempuan mestilah menjaga adab & sopan. Baru ada orang masuk meminang. Hewhewhew. Gatal!


Gaul, gaul & gaul sampai jadi macam...

Macam ni! Eh2, bekas dah tukar kaler. Doraemon tolong tukarkan bekas kepada yang lebih besar. Inilah kuasa Doraemon yang membantu manusia membuat makanan kegemarannya. Hehe..


Korang pastikan adunan korang tak terlalu likat atau terlalu cair. Sederhana sahaja. Tambah atau kurangkan air apa yang patut. Bukankah besederhana itu  sunnah nabi kita?

Then, pergi panaskan kuali non-stick, letak minyak sedikit pastu boleh la tuangkan sedikit adunan ni atas kuali. Jangan risau, kalau adunan korang betul, confirm dorayaki korang jadi bulat macam kepala Doraemon. Haha.. Lepas dah siap, boleh la korang letak perasa yang korang suka macam jem ke, nutella ke. Bukan sama ke jem & nutella? Tiba-tiba otak tak boleh berfungsi. Haha

Thanks for reading this entry!





4 comments:

  1. ada satu soalan .macam mana nak fill kan flavour dlm dorayaki tu ?kire nnti dorayaki tu bulat lah ye ? macam mana eh ?

    ReplyDelete
  2. a'ah, die bulat sendiri. letak flovour kat atas dorayaki then lapik kan dgn dorayaki lagi satu.. kat bahagian tepi die tu lembab2, so, akan melekat nanti..

    ReplyDelete
  3. oh i see .ok thanks juwa ! nnti akk nak try .hikhik

    ReplyDelete
  4. welcome kak una.. gud luck! =)

    ReplyDelete