Resipi : Koktail

Assalamualaikum

Sebelum baca entry ni sila mulakan dengan bismillahirrahmanirrahin & tarik nafas panjang-panjang..

Aku gagahkan diri juga untuk merempit di bawah cahaya matahari yang ibarat 5 kaki 2 inci setengah atas kepala ni untuk pergi ke pasaraya yang terletak 2km dari rumah untuk membeli barang-barang untuk dibuat koktail untuk dimakan secara berjemaah bersama family. Fuhh.. tercungap-cungap. (berapa banyak 'untuk'? lempang satgi kang) Tetapi bak kata pepatah zaman dinasour t-rex dulu, 'kalau tak dipecahkan tabung manakan dapat duitnya'. Walaupun bermandi peluh, kulit jadi hitam bagai sebab merentas cuaca yang panas terik tapi lepas dapat pekena koktail yang sejuk-sejuk kaku ni terasa macam duduk dalam syurga buatan sendiri. Haha..

Senang sangat nak buat koktail ni. Tutup hidung pon boleh buat. Tapi jangan tutup mata sebab nanti korang tak tahu apa yang korang letak dalam koktail ni. Silap-silap koktail cicak korang buat. Last2, jadi Cicakman pulak. Okay, mengarut. Haha..

Barang-barang:
♥ susu cair satu tin
♥ buah-buahan koktail satu tin (yang halal)
♥ aneka sumi

Step pertama baca bismillah. Step terakhir korang campak je semua bahan-bahan tu dalam bekas. Pastu letak la beberapa ketul ais bagi dia sejuk sampai menusuk kalbu.


Tadada~ Koktail campak-campak. Haha


Tapi kan, aku nasihatkan korang potong la dulu sumi yang besar-besar gedabak tu. Mana la tahu kot2 korang tercekik kan. Aku pulak yang kena tanggung. Ish3...

Untuk rasa yang lebih aumphh, korang tambah la aiskrim atau apa-apa yang korang suka. Asalkan ia sejuk sebab koktail ni sejuk.


Lambat sangat tangkap gambar aiskrim aku dah cair macam kapal Titanic karam.


Lepas dah siap semua ni, bolehlah korang nikmati bersama orang tersayang sambil layan feeling2 sejuk dia tu. Yang penting koktail ni disahkan halalan & toyyibah (remember the bismillah & buah koktail yang halal)

Thanks for reading this entry!


2 comments:

  1. Wahh. Koktail nie ko penah buat utk aku. Haha. Nak makan. Lagi satu kan juwa. Kau buang la word verification nie. Susah la nak komen. Ok??

    ReplyDelete
  2. okay syg.. kau dtg la rumah aku. aku buat banyak3 =)

    ReplyDelete